Tuesday, November 6, 2007

MAKE SEDAP DI SHERATON

MAKE DI SHERATON DOHA
Assalamu'alaikum.................
Lama tok update blog kawe nih hari ni kawe tayang gambar make dinner buffe di sheraton hotel doha........... tempat exclusive oooooooo.......... bila lagi nak bergaya macam orang kaya....... kekekekek (klik gambar for more gambar)

Monday, October 29, 2007

Khas buat staff hamal tecnology

Amalkan Kesihatan Mental Yang Baik

Tekanan Mental Dan Pekerjaan

TEKANAN KERJA

Setiap daripada kita mempunyai tekanan kerja. Suasana tempat kerja yang selesa dan selamat meningkatkan kecekapan mutu kerja dan keseronokan bekerja. Suasana tempat kerja yang kurang memuaskan boleh mendatangkan tekanan mental.

Tekanan kerja yang sedikit adalah perlu untuk meningkatkan daya produktiviti. Jika tekanan di tempat kerja berlebihan, ia boleh memberi kesan negatif. Masalah peribadi dan keluarga akan merumitkan lagi kesihatan mental pekerja.

PUNCA-PUNCA TEKANAN MENTAL DI TEMPAT KERJA

Jenis Pekerjaan

Suasan tempat kerja, tekanan kerja yang berpanjangan dan perubahan cara pengendalian kerja.

Peranan dan Fungsi Pekerjaan

Kerja dan peranan yang sentiasa berubah-ubah secara kerap atau pekerjaan yang merbahaya

Perhubungan

Konflik sesama rakan sekerja dan majikan

Kerjaya

Kurang insentif dan penghargaan dari majikan, kecewa terhadap suasana kerja, dinaikkan/diturunkan pangkat, hilang pekerjaan.

Perubahan Dalam Organisasi

Perubahan dalam struktur dan pengurusan organisasi secara mendadak meningkatkan kekeliruan dan tekanan kepada pekerja


7 LANGKAH MENANGANI TEKANAN MENTAL

Bersikap Realistik Terhadap Pekerjaan Anda

  • Akui kekuatan dan kelemahan dalam diri anda

  • Bersikap positif semasa melakukan anda

  • Lakukan yang terbaik dalam pekerjaan anda

  • Merasa seronok bekerja

Rancang Kerja Anda

  • Kendali masa anda dengan bijak

  • Beri keutamaan pada kerja yang penting

  • Jangan bertangguh

  • Elakkan membawa sebarang tugasan balik ke rumah

  • Mengagihkan kerja dengan baik

Tingkatkan Kemahiran Penyelesaian Masalah

  • Lihat masalah dengan rasional dan raancang penyelesaian secara sistematik

  • Senaraikan masalah-masalah mengikut keutamaan serta langkah-langkah menanganinya

  • Nilaikan kesesuaian pada setiap langkah penyelesaian

  • Ambil tindakan secara wajar

Mempunyai Sikap Yang Betul Terhadap Perubahan Dalam Kerja

  • Sentiasa bersikap terbuka, bertolak ansur dan realistik terhadap apa jua perubahan yang berlaku

  • Rancang perubahan secara teratur

Amalkan Komunikasi Berkesan Di Tempat Kerja

  • Amalkan sifat tegas (assertive) bukan garang (aggressive)

  • Luahkan pendapat anda secara sopan, tegas dan jelas

  • Hormati pandangan rakan sekerja anda

Tingkatkan Sokongan Sosial Di Tempat Kerja

  • Wujudkan ikatan persahabatan sesama takan sekerja

  • Senaraikan individu dan organisasi yang dapat membantu anda dan rakan sekeja di dalam menangani sebarang masalah

  • Berkongsi masalah dengan mereka yang sedia mendengar

  • Luangkan masa anda untuk membantu rakan yang bermasalah

Amalkan cara Hidup Sihat

  • Luangkan masa untuk beribadah

  • Dapatkan tidur yang mencukupi

  • Bersenam selalu

  • Adakan aktiviti/hobi yang menyeronokkan

  • Jauhi diri dari arak, rokok dan dadah

  • Amalkan nilai-nilai murni dan berpegang teguh pada ajaran agama


ANDA MANGSA TEKANAN MENTAL ?

Tanda-tanda tekanan mental

  • Bersikap ganas (Panas Baran)

  • Gelisah

  • Gangguan selera makan

  • Gangguan tidur

  • Hilang - tumpuan, motivasi

  • Kemurungan

  • Kerisauan yang berlebihan

  • Kelesuan

  • Mabuk arak

  • Mudah meradang

  • Perasaan bersalah

Kementerian Kesihatan Malaysia, Amalakan Kesihatan Mental Yang Baik


Saturday, October 27, 2007

CERITA AL -QURAN

Ragu-ragu?

Ada terdapat segolongan manusia, yang apabila dikhabarkan tentang Al Qur'an, mereka merasa takut. Tapi sebenarnya aku tak pasti sama ada mereka ni takut pada Allah, atau pada kitab Al Qur'an atau pada diri mereka sendiri. Jika mereka takut pada Allah, sudah pasti mereka patuh pada Yang Maha Berilmu yang mengajarkan Al Qur'an. Tapi jika mereka takut pada diri sendiri sebenarnya mereka sedar tentang bertapa ceteknya ilmu mereka bila berbicara tentang Al Qur'an. Jadi mengapa ada diantara mereka yang menolak ajaran daripada Yang Maha Berilmu?

Firman Allah;
"Dia menurunkan Al Kitab (Al Qur'an) kepadamu dengan sebenarnya, membenarkan kitab yang telah diturunkan sebelumnya dan menurunkan Taurat dan Injil." Surah Ali Imran ayat 3.

Mereka itu sebenarnya tidak sedar bahawa ilmu2 yg mereka ada pada hari ini semuanya tercetus daripada kitab2 Allah. Tak kiralah ilmu fizik ke, kimia, bio, engineering, matematik ke, sastera ke, ilmu alam ke.....semuanya dari kitab yang diturunkan dari Allah Yang Maha Berilmu.

Aku pun tak berapa pasti apa yg difikirkan oleh mereka2 ini.
Firman Allah, surah Al A'Raaf ayat 185;
"Dan apakah mereka tidak memperhatikan kerajaan langit dan bumi dan segala sesuatu yang diciptakan Allah, dan kemungkinan telah dekatnya kebinasaan mereka? Maka kepada berita manakah lagi mereka akan beriman selain kepada Al Qur'an itu?"

Walaupun aku tak pasti, tapi jawapan sebenarnya............
Surah At Taubah ayat 24;
"Katakanlah: Jika bapak-bapak, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yg kamu usahakan, perniagaan yg kamu khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan rasul-Nya dan berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik."

Kekadang bila sebut berjihad ni, orang akan pikir pasal angkat senjata. Tetapi Allah berfirman;
"Maka janganlah kamu mengikuti orang-orang kafir, dan berjihadlah terhadap mereka dengan Al Qur'an dengan jihad yang besar."
Surah Al Furqaan ayat 52.

Tapi berapa kerat sgtla orang yg sanggup berjihad dgn Al Qur'an kerana........
"Barangsiapa yg mengkehendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, nescaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan.
Itulah orang-orang yg tidak memperoleh di akhirat kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan."
Surah Huud ayat 15 & 16.

Org yang hanya nak kehidupan dunia, memang Allah bagi dgn sempurna. Diorang tak rugi apa2 pun masa kat dunia. Lagi firman Allah;
"Sesungguhnya orang-orang yang tidak mengharapkan pertemuan dengan Kami, dan merasa puas dengan kehidupan dunia serta merasa tenteram dengan kehidupan itu dan orang-orang yang melalaikan ayat-ayat Kami, mereka itu tempatnya ialah neraka, disebabkan apa yang selalu mereka kerjakan."
Surah Yunus ayat 7 & 8.

Aku pun rasa gerun bila membaca ayat2 Allah diatas. Kadang2 aku rasa bila kita berbicara pasal Al Qur'an, ada antara mereka yg langsung tidak mahu mendengarnya. Awal2 lagi dah memekakkan telinga atau terus angkat kaki.
Surah Yunus ayat 39;
"Bahkan yang sebenarnya, mereka mendustakan apa yang mereka belum mengetahuinya dengan sempurna padahal belum datang kepada mereka penjelasannya. Demikianlah orang-orang yang sebelum mereka telah mendustakan. Maka perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang zalim itu."

Macam mana nak beri penjelasan kalu awal2 lagi dah menolak?
"Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka dengan bersungguh-sungguh, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa."
Surah Al An'Aam ayat 44.

Janganlah kita sekali-kali melupakan peringatan dlm Al Qur'an. Apabila kita lalai... Allah akan menambahkan kelalaian kita seperti tersebut dlm ayat diatas.
Pada dasarnya manusia atau lebih spesifik, mereka2 yang masih tidak mahu berAl Qur'an tidak sedar bahawa............
"Dan tiadalah kehidupan dunia ini selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?
Surah Al An'Aam ayat 32.

Akhir kata....
"Janganlah sekali-kali kamu menyangka bahawa orang-orang yang gembira dengan apa yang telah mereka kerjakan dan mereka suka dipuji terhadap perbuatan yang belum mereka kerjakan, janganlah kamu menyangka bahawa mereka terlepas dari siksa, dan bagi mereka siksa yang pedih."
Surah Ali Imran ayat 188.

Aku hanya nak bagi peringatan dengan ayat2 al Qur'an pada yg mahu menerima peringatan.

oleh SAR

Tuesday, October 16, 2007

gambar rayo terbaik tahun ini


(kllik image for more pics)
Assalamu'alaikum...............
kawe ucapkan slamat hari raya kawe ucapkan pado semua...........
maap zahir batin kalu ado salah silap harap dimaafkan yo kira 0-0 lah
ni ado gambar posing rayo dari geng yang tak balik rayo buat tatapan sumer
hua hua hua......... sedih raso meleleh air hidung...... kekekekek....

Monday, October 1, 2007

Untala untala.......

Humang ai bosa botul jang............. soram den!!!!
Ha.... kalau korang nak tahu inila makanan pak pak arab berbuka puasa......
sekor unta beb..... skali pandang cam orang tengah sujud
kekekekekek
amcam ada brani kaa....

Saturday, September 29, 2007

Cool Dance

Layan giler...... badan mamat ni cam terapong jer.....

check it out............

Thursday, September 27, 2007

Malehnyo nak kojo

Kalu ado bedil kawe tembok doh alarm pagi pagi kekekekeke........

Wednesday, September 26, 2007

Renungan.....

Agak agak kita ni yang maner satu ek...

Teka-teki merapu kepunden paran skeperzzz...

Haa.... kalu panda sangak cubalah jawap! (sila left klik pastu drag ke kanan untuk jawapan)

Soalan : Apa beza daun betik ngan tangan perempuan?

Jawapan : Daun betik boleh melembutkan daging yang keras, tangan perempuandapat mengeraskan daging yang lembut.

Soalan : Apa beza antara susu kotak ngan susu badan?
Jawapan : Susu kotak kena cucuk dulu baru hisap, tapi susu badan kena hisapdulu baru cucuk.

Soalan : Haiwan apakah yang pertama sampai ke bulan?
Jawapan : Burung punai (Neil Armstrong punya)

Soalan : Apa beza tayar kereta dengan kondom?
Jawapan :Tayar kereta kalau bocor boleh menghilangkan nyawa, kondom plakkalau bocor boleh menambahkan nyawa.

Soalan : Apa yang mahal pada BMW
Jawapan :Huruf W. Cuba tukarkan W ngan X. Jadi BMX. Kan murah tu...

Soalan : Rumah apakah yang gunakan banyak air?
Jawapan : Rumah terbakar

Soalan : Hitam, panjang, dipeluk dan diapit dua paha.
Jawapan :Orang sedang panjat tiang talipon.

Soalan : Ubat apa yang tak ada kesan sampingan (side effect)?
Jawapan : Viagra dan Krim membesarkan apa yg kecil. Kesan dia ke depan,bukan ke samping.

Soalan : Waktu dia hidup orang menyanyi, bila dia mati orang bertepuk tangan.Apa dia?
Jawapan :Lilin kek harijadi.

Soalan : Bibir bertemu bibir. Tangan asyik meraba lubang. Mata terpejammenikmatiny a. Wat apa tu??
Jawapan : Orang sedang meniup seruling.

Soalan : Apa nama sudirman masa kecil?
Jawapan :Sudirboy.

JEMPUTAN MAKAN SAHUR FREE

Tel : 4836 463 / 493
Fax : 4836 453

E-mail :
maldoha@kln.gov.my

Lusail St, Zon 66, West Bay, Dafna


26th September, 2007


Sahour Reception with Malaysian Community
I would like to inform that the Embassy along with the Malaysian Association of Qatar (MAQ) will organize a sahour reception this coming, Friday, 28th September, 2007 at the Embassy’s complex, West Bay, Dafna.


The programme will start at 1945hrs with Isha’s Prayer to be followed by Terawih. During the interval, a talk on the significance of Ramadan will be delivered by an invited scholar. The programme will be concluded by sahour reception where special Malaysian delicacies of chicken soup, fried mee hoon, sambal udang along with air bandung will be served.


All Malaysian Muslims are cordially invited to attend and join the Sahour reception this coming Friday at the Embassy’s complex.


Thank you and with warm regards



Zahairi Bin Baharim

First Secretary

H/P : 5966269

Tuesday, September 25, 2007

Transformers - keng keng keng keng...


Assalamu'alaikum..........
Hari ning kawe nok kecek klatela pulok belik lidoh kawe kecek lua kekekekeke
Crito hari ning pasal transformers -human transformation......
Gambar hok kawe post ni hasel transformasi steloh lebih kure 9 bule dok di qatar ......
Cubo demo prati beto - beto ado rupo UNTA dok gitu kekekekek........
Jadi cubo baye kalu cukop stahung, duo taung, tigo taung boleh jadi tuka jadi bate kurma.......
kua kua kua..... kalu jadi buoh kurma takpola jugok bule ore make ning jadi bate nok wak gapo tok paka gawa kekekekekek......
agok agok demo rupo sapola tuh..... ha cubo teko, kalu beto kawe blanjo buko poso bawoh kemoh
bereh......

Sunday, September 23, 2007

Unta E-connect

Latest pictures of the peninggalan of Malaysians in e-Connectkharban.

Ari tu p jalan2, trjumpa unter daa...
Pa lagi, posin ler hehe, siap bulih pluk ni...







Jinak giler unter Doha, leh wat cam kucing....kur...kur











tokan e-connectkharban ngan unta


Saturday, September 22, 2007

Tuesday, September 18, 2007

Santapan otak........

Gambar ni aku lukis spesel untuk korang yang sanggup bersengkang mata keja sampai tengah malam......... kua kua kua..............

Monday, September 17, 2007

Komando???



Haaa...... kalau korang nak tahu inilah rupa gang yang digelar komando untuk e connect... kekeke
muka nilah yang terawal skali sampai di doha untuk menjalankan operasi penting.....
serang market doha bersenjatakan pen dan kertas...... buat survey daaa.......
berjayalah jugak walaupon tak reti nak cakap arab sepatah haram pon..... kekekek.....
tak boleh lupa punya pengalaman......
masa aku post gambar nih sorang dah kecundang ditembak kominis yang ada lobang kat kepala.... korang mesti kenal punyalah.......
macammaner kominis tuh bole sesat kat tanah arab ni pon aku tak tahu
kekekekekeke........

Tonyoh hidung gm.....

agak agak kalau ditonyoh hidung gm camni ok tak???

Sunday, September 16, 2007

New Comer...


tensen betul jadi menejar nih..
ingat nak jadi system support balik ahh...
ada sesaper nak replace wa punyer tempat..,wa buleh promote kat GM....
ada brani??
1428H

Ramadan Bazaar


21st September & 5th October

1400hrs to 1600hrs

at

Embassy of Malaysia’s Complex

West Bay, Dafna

(Close to Inter-Continental Hotel)



Highlights

Ayam Percik, Nasi Kerabu, Nasi Lemak, Nasi Dagang, Nasi Minyak, Hainanese Chicken Rice, Laksa Penang,

Mee Kari, Mee Goreng Mamak, Mee Hoon Goreng,

Pasembur, Pulut Panggang, Soto, Tapai (Pulut/Ubi),

ABC and many types of Malay cakes & sweets.

Also available, varieties of ASEAN FOODS

prepared by ASEAN Embassies

Amazing physics

nak caye ke tak ni.....

Real Transformer

ini baru real no cgi no trick

Makan Free Kat Embassy


Tanggal 1 Jun 2007 aku dengan the gang pakat gi embassy sempena hari agong beranak meriahla jugak. Dressing code malam tu batik oleh kerana aku takde baju batik hentam ajela takkan diaorang nak hambat kot........... Kalau bab event macam ni orang Malaysia ni macam biasalah misti pikir pasal makan free aje..........
kekekek
Tapi organizer event pon pandai dia letak aturcara makan last skali....
kalau letak awal alamat lengangla embassy lepas makan.....
terbengkalailah semua program malam tu...
Makan free punya pasal aku and the gang terpaksala tekun melayan show yang ala ala patriotik tuh (paham paham ajelah)

Cuba perati muka sorang sorang ada macam muka kebuloq tak? kekekeke.................



Antara hidangan yang dok tunggu aku belasah............

Saturday, September 15, 2007

Amazing Coordinated Samsung Dance

Aku rasa inilah the best coordinated dance yang pernah aku tengok kalau nak banding dengan hari merdeka kat dataran mmmmm hampeh.... balik balik yang tu ....

Ajinomoto Stadium Advertisment

untuk hiburan mari kita layan video ni

Friday, September 14, 2007

ratu cantik e connect

barisan ratu (perasan) cantik dari somali tapi taknak ngaku org somali..........
amcam berkenan tak? semua masih bujang lagi nih hantaran boleh dirunding dengan ejen mencari jodoh HAMAL TECHNOLOGY.
kat sini aku lampirkan skali gambar ejen kalau korang terserempak kat pasar malam boleh tegur
kekekek................
inilah rupa ejen tuh tengah wayang buat keja padahal nak on pc pon tak reti (tengok muka rasa macam nak sepak aje). Yang nampak sekerat aje tu boleh kata assistant diala jadi bodyguard pon bole nama dia abe soup gangter kampung dusun tua ulu langat ala pot belia 4b tuh diala control samseng ni jangan memain..............

gambar kenangan

Haaaa.... ini gambar staff masa mula mula start beroperasi. tengokla muka masing masing berseri seri tambah lagi yang berkulit hitam tuh berkilat kilat...........
Malangnya kebanyakannya sudah kecundang di tengah jalan ada yang kena fired ada yang fired diri sendiri.............. (wa kena beb punya kes)

Thursday, September 13, 2007

SESSI SUAI KENAL


Assalamu'alaikum kengkawan aku baru create satu ruangan untuk korang release tension. korang nak melalak ke nak tertonggeng ke kat sini ikut suka hati koranglah
ok chow